• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Keterangan Ganabatirau Berhubung Isu Kuil

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis hari ini mengambil keterangan Exco Kerajaan Selangor V. Ganabatirau bagi membantu siasatan berhubung kenyataan kontroversi yang didakwa berbaur perkauman berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.

Tiga pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilihat memasuki pejabat Ganabatirau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada pukul 6.20 petang tadi dan keluar kira-kira dua jam kemudian.

“Apa yang saya telah terangkan di hadapan media, saya telah terangkan kepada mereka. Tiada yang lebih, tiada yang kurang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberikan keterangan.

Pada 26 Nov lepas, wakil rakyat DAP itu melalui akaun sosial Facebook miliknya memuat naik status berhubung kekecohan yang berlaku di kuil berkenaan dengan mendakwa sekumpulan orang Islam telah menyerang kuil berkenaan.

Kenyataan beliau itu kemudian diselar pelbagai pihak termasuk PAS Selangor yang menyifatkan Ganabatirau cuba memainkan sentimen perkauman.

Sebelum ini polis menjelaskan insiden kekecohan di kuil itu pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas tiada kena mengena dengan perbalahan perkauman kerana ia sebenarnya menjurus kepada isu perpindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baru di Putra Heights, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: ganabatirauisu kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kuil: Jangan Ambil Kesempatan Cuba Jadi Jaguh – PM

Isu Kuil: Jangan Ambil Kesempatan Cuba Jadi Jaguh – PM

21/03/2025
0

SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan mahu menjadi jaguh berhubung isu pemindahan Kuil Dewi...

Pihak Terlibat Yakin Dapat Capai Penyelesaian Isu Kuil Sri Maha Mariamman

14/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Peguam Negara Tommy Thomas berkata semua pihak yang terlibat dalam kekecohan melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd