• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelesaian Isu Kuil Sri Maha Mariaman Dijangka Tidak Lama Lagi

oleh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor yakin pertikaian berhubung isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dekat sini akan mempunyai jawapan tidak lama lagi.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata kerajaan negeri menerima maklum balas positif daripada pihak berkaitan termasuk pihak pengurusan kuil dan pemaju One City Development Sdn Bhd dalam mencari penyelesaian isu itu.

Menurutnya perbincangan mengenai isu berkenaan akan dibuat secara tertutup, esok.

“Sebenarnya saya adakan dua, tiga pertemuan (bersama pengurusan kuil dan pemaju) berhubung isu itu dan respons sangat positif, satu atau dua minggu Insha-Allah kita akan dapat result mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas perbincangan bersama pihak pengurusan kuil dan pemaju yang dijangka esok bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu kuil berkenaan.

Khamis lepas, Amirudin dilaporkan berkata kuil itu tidak akan dipindah atau diroboh sehingga penyelesaian menyeluruh dicapai.

Beliau ketika itu berkata kerajaan negeri bersedia menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu pertikaian perpindahan kuil berkenaan.

Baru-baru ini isu berkenaan mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat terbabit yang menyaksikan antara lain kenderaan, bangunan dirosakkan dan seorang anggota bomba cedera parah akibat diserang perusuh. – BERNAMA

Tags: isu kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub BUKIT MERTAJAM – Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) menegaskan bahawa rancangan 'Ops Terjah' di sebuah kuil di...

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

28/01/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 28 Januari – Dua aktivis yang menentang pencerobohan tanah bagi pembinaan kuil haram, Tamim Dahri (Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd