• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPCMC Mampu Perkasakan Integriti Polis

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilihat mampu memperkasakan integriti dan keupayaan anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata penubuhan suruhanjaya bebas itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membersihkan nama polis selain memantau tugasan polis terutama dalam kes penyiasatan serta meningkatkan lagi kualiti kerja disiplin.

“Penubuhan suruhanjaya tersebut akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang akan menilai dan memantau tugas yang dijalankan anggota polis,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di Balai Polis Gelang Patah, di sini, hari ini.

Dzulkhairi turut berkata disiplin yang tinggi merupakan aspek penting dalam kepimpinan badan tersebut dan demi menjamin elemen ‘command and control’ dipraktikkan dengan berkesan.

“Kita berharap anggota kita dapat meningkatkan disiplin dalam melakukan kerja walau cabaran kerja lebih getir tetapi ini bukan alasan malah menjadikan kita lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan amanah,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas perhimpunan itu, Dzulkhairi turut menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak mereka ketika musim cuti persekolahan agar tidak terlibat dalam kegiatan seperti basikal lajak yang boleh membahayakan nyawa anak mereka.

Meskipun isu basikal lajak makin berkurangan, pihaknya tetap menjalankan ‘Ops Didik’ di kawasan berhampiran sekolah dalam usaha pihak polis memantau aktiviti berkenaan. – BERNAMA

Tags: IPCMCpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd