• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis New York Cari Pasangan Kekasih Kehilangan Cincin

oleh Haris
02/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS di New York sedang mencari sepasang kekasih yang mengikat pertunangan di Times Square pada Jumaat lalu tetapi cincin mereka jatuh ke celah longkang.

Imej CCTV menunjukkan pasangan romantik cuba mengambil semula cincin yang jatuh itu tetapi tidak berjaya.

Selepas melihat rakaman itu, pihak polis New York berjaya mendapatkan cincin itu dan membersihkannya dan kini mencari pemiliknya.

Jabatan Polis New York (NYPD) merayu pasangan itu menemui mereka.

Rakaman CCTV itu diambil sebelum tengah malam Jumaat dan disebarkan pihak polis kemudian.

Rakaman menunjukkan lelaki itu melutut dan cuba mencari cincin itu, manakala wanita itu kelihatan terkejut, walaupun tidak dapat dipastikan sama ada dia menjawab “Ya.”

Wanita itu cuba membantu menarik keluar cincin yang jatuh itu tetapi tidak berjaya.

Walaupun demikian, pihak NYPD yang melihat rakaman itu berusaha mendapatkan cincin itu dan berjaya.

Selain rakaman video itu, pihak NYPD juga menunjukkan gambar sebentuk cincin yang telah dibersihkan di akaun Twitter mereka, dengan kata-kata: “Inilah gambar cincin yang diselamatkan pegawai kami (dan dibersihkan!) Hubungi 1-800-577-TIPS atau DM @NYPDTips jika anda mengenali pasangan bahagia itu supaya kami dapat memulangkannya semula.” – BBC

Tags: pasangan kekasihPolis New York
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

19/11/2025
0

KOTA BHARU: Pasangan kekasih yang disyaki mendalangi 21 kes pecah masuk kereta membabitkan kerugian lebih RM100,000 sejak beberapa bulan lalu...

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

01/08/2025
0

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sepasang kekasih dan merampas 6,000 biji pil yaba serta 1.49 gram syabu dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd