• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Turun Tapi Kualiti Tidak Terjejas

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pasar raya besar utama yang terlibat dalam kempen penurunan harga barang di seluruh negara memberi jaminan bahawa kualiti makanan dan barangan keperluan yang ditawarkan tidak terjejas berikutan pengurangan harga sehingga 30 peratus.

Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan pada 1 Mac sebagai tarikh permulaan kempen itu, kebanyakan syarikat sudah mula menurunkan harga barangan.

Selain pasar raya besar dan pasar raya, beberapa restoran teterntu turut berjanji untuk menyertai kempen penurunan harga.

Pasar raya Aeon Big melancarkan kempen “Always Low Prices” pada 16 Januari lalu.

Pengarahnya, A. Rashid Adam, yang berkata kempen tersebut melibatkan penurunan harga membabitkan 2,500 jenis barangan memberi jaminan bahawa harga tersebut akan kekal rendah sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, produk tersebut termasuk barangan keperluan harian seperti besar, mi, Milo, kopi, biskut dan jem selain barangan bukan berbentuk makanan seperti detergen cecair dan barangan perkakasan elektrik serta barangan penjagaan kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian dan pencuci muka.

“Pelanggan boleh menjangkakan untuk melihat purata penurunan harga sebanyak 10 peratus bagi 2,500 jenis barangan sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata Aeon Big akan memastikan penurunan harga barang tidak akan menjejaskan kualiti produk terbabit.

“Kami komited dalam mengekalkan barangan tersebut pada harga rendah untuk memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, sebuah lagi pasar raya besar, Mydin Mohamed Holdings memilih untuk mengurangkan harga bagi 50 barangan keperluan kerana syarikat itu mencatatkan penurunan dari segi kos operasi.

“Sebagai langkah pertama, Mydin akan mengurangkan harga terhadap 50 barangan sehingga 30 peratus bermula 13 Februari lalu.

“Harga tersebut dikuatkuasakan di 18 Pasar Raya Besar Mydin, 16 Mydin Emporium dan tiga Mydin Bazaar,” kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin pada Selasa.

Walaupun beliau tidak dapat mengesahkan tempoh harga rendah itu akan dikekalkan, Ameer berkata, mereka akan mengkaji harga tersebut setiap hujung bulan dan akan melibatkan beberapa barangan berbeza bergantung kepada situasi.

Katanya, terdapat pembekal dan pengeluar yang masih enggan menurunkan harga barang mereka.

Pengurus Komunikasi Tesco Malaysia, Rohazida Mohamed berkata sebanyak 134 produk akan menyaksikan penurunan harga sejajar dengan kempen tersebut.

“Purata penurunan harga adalah antara 10 hingga 50 peratus dan ia akan berterusan sehingga 1 April, apabila kami mempunya beberapa pendekatan lain dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kualiti barangan yang ditawarkan pada harga itu tidak akan terjejas.

Rohazida berkata Tesco mengurangkan keuntungan syarikat untuk memberi laluan kepada penuruan harga barangan. – The Star Online

Tags: Harga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd