• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Rugi RM50K Dodi Lari Di Belakang Rumah

oleh
02/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA malang nasib Datuk Seri Aliff Syukri? Selepas reda kontroversinya dalam Gegar Vaganza 5 (GV5) timbul pula masalah baharu apabila Dodi kesayangan hilang dari rumah.

Kehilangan kucing jenis Savannah Cat di rumah Aliff di Damansara itu dikatakan akibat kecuaian pekerjanya.

Perkongsian Aliff di laman sosial mengenai musibah itu turut mengundang reaksi negatif netizen apabila mereka meminta pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negar (Perhilitan) mengambil tindakan terhadapnya.

Menurut Aliff, 30, dia terkilan dengan sikap netizen yang seolah-olah menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

“Kenapa tak ada orang kesian kat saya??? Orang yang tulis macam ni tak ada belas kesian kepada saya macam saya ada buat jahat pada anda.

Kau orang tahu tak saya tengah bersedih ni. Kehilangan Dodi saya dah bela lima tahun dan ada permit.

“Nilai kos beli dan jaga hampir RM50,000,” kata Aliff menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Dodi yang merupakan kucing dari baka Savannah Cat itu dikatakan terlepas ke hutan belakang rumah pengasas D’Herbs itu di sekitar Kota Damansara sejak Khamis.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Biar Apa Orang Kata itu memberitahu kucingnya hilang disebabkan kecuaian pekerjanya yang tidak bertanggungjawab.

“Hilang dari semalam (Khamis) berpunca daripada pekerja saya yang cuai dan tak bertanggungjawab. Ya Allah kau selamatkan kucing aku dodi dan kau jumpakanlah kucing aku.

“Perhatian kucing Afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di Kota Damansara,” ujarnya.

Bagaimanapun menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kucing tersebut berjaya ditangkap oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 9.48 malam, Jumaat.

Kucing tersebut dibeli Aliff Syukri dengan harga RM30,000 pada April 2016 ketika berusia tiga bulan. –mStar

Tags: alif syukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tersilap Orang, Ini Aliff Syukri!

15/05/2019
0

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz, sehingga kini masih senyap membisu setelah kontroversi hangat melandanya apabila dipercayai fotonya bersama seorang gadis...

Aksi Aliff Syukri Masa Drive Kereta Baru… Serius Lawak!

25/12/2016
0

JUTAWAN kosmetik yang terkenal dengan tagline 'terlajak laris', Datuk Alif Syukri sememangnya cukup terkenal dengan hobinya yang gemar mengumpul kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd