• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kuil: Polis Buka 4 Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan

oleh
02/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis telah membuka empat kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 dekat sini pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dalam kenyataannya di sini hari ini berkata kertas siasatan berkenaan dibuka susulan empat laporan polis yang diterima pihaknya berikutan penularan berita di media-media sosial berikutan insiden berkenaan.

“Polis turut menahan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris pada pukul 1 tengah hari tadi di Ibu pejabat Polis Sepang,” katanya.

Di samping itu Mazlan turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat yang cuba memecahkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa di negara ini.

“Laporan polis akan dibuat dan seterusnya siasatan lanjut akan dijalankan ke atas mereka yang terlibat,” katanya.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam. – BERNAMA

Tags: isu kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub BUKIT MERTAJAM – Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) menegaskan bahawa rancangan 'Ops Terjah' di sebuah kuil di...

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

28/01/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 28 Januari – Dua aktivis yang menentang pencerobohan tanah bagi pembinaan kuil haram, Tamim Dahri (Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd