• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Labur Projek Kereta Nasional Ketiga

oleh
01/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Tidak ada sebarang keputusan untuk kerajaan membuat pelaburan dalam projek kereta nasional ketiga, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata projek kereta nasional ketiga itu memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar dan disebabkan itu memerlukan penglibatan pelaburan swasta.​​​​​​​

Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menyalurkan peruntukan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Sehingga sekarang pihak kerajaan dalam Belanjawan 2019 pun tidak ada peruntukan sedemikian (melabur wang untuk membina kereta nasional ketiga), tapi ini hanya untuk R&D.

“Apa salahnya kita buat R&D, sekiranya ia berhasil boleh guna untuk Proton ataupun DRB-Hicom…tak semestinya untuk kereta ketiga. Melainkan bila ada pelaburan swasta itu kita boleh guna (untuk projek kereta nasional ketiga).

“Nak bina kereta nasional ketiga pelaburannya ialah berbilion-bilion USD bukanlah RM10 juta atau RM20 juta. Ini kita harus ambil peringatan…untuk mereka, pihak yang cuba kaitkan yang bukan-bukan kita harap jangan buat andaian berdasarkan maklumat yang tidak tepat dan tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan naik taraf Kaunter Aduan Balai Polis Butterworth, di sini hari ini.

Lim berkata demikian bagi membidas kenyataan beberapa pihak termasuk pembangkang yang mendakwa kerajaan akan melabur dalam projek kereta nasional ketiga itu.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan cadangan mewujudkan jenama kereta nasional baharu, bagi menggantikan Proton yang sudah tidak dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.

Lim berkata R&D adalah sesuatu yang harus digalakkan dan kerajaan amat menggalakkan mana-mana pihak untuk menjalankan R&D dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berinovasi.

“Sebagai contoh, kalau kita buat R&D dalam bahan-bahan berkaitan dengan ‘aerospace’ adakah ini bermakna kita nak bina kapal terbang sendiri. Ini kerana teknologi sekarang bukanlah ‘stand alone’ ia pun ada berkaitan, ada hubungan dengan yang lain-lain. Itulah sesuatu bidang inovasi.

“Sekiranya kementerian nak labur menggunakan peruntukan mereka dalam R&D, saya rasa itu tidak ada masalah. Tapi janganlah pula kaitkan ini adalah menunjukkan kita nak bina kereta nasional ketiga,” katanya.

Sementara itu, mengenai Balai Polis Butterworth, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata balai polis yang berusia hampir 50 tahun itu akan ditambah baik secara berperingkat bagi memberikan wajah baharu kepada warga tempatan dan asing seiring dengan perkembangan semasa.

“Ini adalah salah satu balai polis penting kerana dianggap sebagai satu tempat strategik. Dengan adanya Penang Sentral yang merupakan hab pengangkutan awam utama di wilayah utara, ini bermakna pelanggan yang akan diterima oleh balai polis ini akan bertambah. Ini mesti disusuli dengan kelengkapan moden dan kemudahan asas. Ini yang saya akan cuba bantu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd