• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara-gara ABCDE, Syarikat Terpaksa Mohon Maaf

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USIANYA baru mencecah lima tahun dan sering menjadi bahan lawak kerana namanya hasil gabungan lima abjad pertama iaitu Abcde.

Kerana itu juga, syarikat penerbangan Southwest Airlines terpaksa memohon maaf selepas seorang kakitangannya didakwa mengejek kanak-kanak itu ketika pemeriksaan masuk penumpang ke pesawat syarikat berkenaan.

Portal BBC melaporkan kejadian berlaku apabila Traci Redford dan anaknya, Abcde dalam perjalanan pulang ke El Paso, Texas, dari Lapangan Terbang John Wayne di California.

Seorang kakitangan penerbangan itu mula ketawa dan merakamkan gambar pas masuk budak perempuan itu dan kemudian menyiarkannya di laman Facebook.

Kata Traci, salah seorang kakitangan bertugas yang memeriksa pas berlepas anaknya tiba-tiba ketawa.

“Dia kemudiannya menunjuk ke arah kami sambil bercakap dengan pekerja lain.

“Saya kemudian meminta mereka berhenti berbuat demikian,” katanya sambil menegur perbuatan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Susulan kejadian itu, beliau mengambil keputusan memfailkan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Southwest Airlines, Chris Mainz berkata pihaknya secara ikhlas memohon maaf ke atas apa yang berlaku, dan menyatakan tindakan kakitangannya itu tidak cermin imej syarikat berkenaan yang hormati pelanggan. – Mstar

Tags: abcdemohon maaf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

Aplikasi TuJu Alami Gangguan, LLM Mohon Maaf

Aplikasi TuJu Alami Gangguan, LLM Mohon Maaf

22/10/2026
0

KAJANG – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memohon maaf susulan gangguan teknikal yang dialami pengguna aplikasi navigasi tempatan, TuJu, selepas peningkatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd