• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas BN Hadapi PRK Cameron Highlands

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang akan ada mesyuarat khas bagi bincang persiapan hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kata pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata mesyuarat itu akan diadakan segera, meskipun percaya Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk C. Sivarraajh akan buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang batalkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerusi Cameron Highlands.

“Saya percaya bahawa BN di negeri ini masih kukuh dan dengan itu mampu digerakkan secara berkesan bagi menghadapi PRK tersebut.

“Sungguhpun terkejut dengan keputusan ini tetapi saya dan rakan-rakan dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Hari ini, Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Sivarraajh.

Pada 4 Jun lepas, calon DAP, M. Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU ke-14 pada 9 Mei lepas bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Manogaran mendakwa Sivarraajh yang berkempen bersama-sama Wan Rosdy memberi rasuah antara RM30 hingga RM1,000 kepada pengundi Orang Asli melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi BN dan tidak mengundi calon lain.

Pada PRU ke-14, Sivarraajh memperoleh 10,307 undi mengalahkan Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan dengan 9,710.

Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud pula memperoleh 3,587 manakala calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan. – BERNAMA

Tags: mesyuarat khasPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd