• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan BN Di Cameron Highlands Tidak Sah

oleh
30/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATAL… Setelah gempar tindakan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan batal keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kali ini giliran Pahang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini putus kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk C. Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU ke-14 pada 9 Mei lalu adalah terbatal dan tidak sah akibat rasuah.

Justeru, Hakim Datuk Azizah Nawawi perintah pilihan raya kecil (PRK) diadakan di situ iaitu kerusi Parlimen kedua selepas Port Dickson serta kelima setelah DUN Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia yang terletak di Selangor.

Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran memfailkan petisyen pada 4 Jun lalu dengan mohon perisytiharan bahawa keputusan PRU ke-14 untuk kerusi itu terbatal kerana calon BN langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini berikutan Manogaran, 59, mendakwa, Sivarraajh, 42, merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya ketika berkempen bersama-sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kini Menteri Besar Pahang.

Dia didakwa beri rasuah antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi Orang Asli melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi calon BN yang terlibat pertandingan lima penjuru di kerusi Cameron Highlands.

Dakwa Manogaran lagi, Wan Rosdy yang juga Ahli DUN Jelai bagi tiga penggal berturut-turut sejak PRU ke-11, amat terkenal dalam kalangan pengundi di kawasan itu dan bertanggungjawab perkenal Sivarraajh kepada Orang Asli.

Pada PRU ke-14 lepas, wakil BN itu berjaya mengalahkan Manogaran yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan, di samping calon lain daripada PAS, PSM dan Berjasa dengan majoriti 597 undi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd