• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YKN-Tabung Rakyat Palestin Sumbang Kepada UNRWA

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah RM500,000 disumbangkan kepada Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) hasil sumbangan orang ramai dan syarikat korporat melalui kempen YKN-Tabung Rakyat Palestin yang dilancarkan pada 10 Julai lepas.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada Pengarah Perkongsian Strategik UNRWA, Abdi Aynte, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu, beliau berkata Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin walaupun negara menghadapi bebanan hutang yang tinggi.

“Sumbangan ini bagi meringankan beban mereka (UNRWA) dalam membantu pelarian Palestin kerana Amerika Syarikat menyekat bantuan mereka berjumlah US$300 juta (RM1.2 bilion) setahun. Ini menyebabkan UNRWA sukar menjalankan tugas-tugas mereka terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah itu, Dr Wan Azizah turut menyerahkan sumbangan YKN-Tabung Rakyat Palestin kepada MyCARE dan Islamic Relief Malaysia (IRM), masing-masing sebanyak RM100,000.

Dr Wan Azizah berkata sumbangan kepada kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan rakan strategik YKN-Tabung Rakyat Palestin itu adalah bagi menyokong projek kemanusiaan yang dilaksanakan mereka di Tebing Barat dan Gaza.

Penyerahan dana itu diadakan bertepatan dengan International Day of Solidarity with the Palestinian yang disambut semalam.

Setakat semalam, Dr Wan Azizah berkata kempen YKN-Tabung Rakyat Palestin berjaya mengutip RM737,054.87 dan beliau berharap jumlah sumbangan dapat mencecah angka RM1 juta menjelang tarikh akhir kempen itu pada 31 Dis ini.

Orang ramai dan syarikat korporat boleh menyalurkan sumbangan kepada YKN-Tabung Rakyat Palestin melalui akaun Alliance Islamic Bank: 1601 4001 11300 atau menggunakan perkhidmatan JomPAY (Biller code: 45765) (Ref 1: Tabung Palestin). – BERNAMA

Tags: Palestintabung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd