• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kini Ranking Ke-167 FIFA

oleh
30/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak negara atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya terus memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila naik dua anak tangga ke kedudukan ke-167 bagi bulan November.

FIFA menerusi kemaskini kedudukan ranking dalam laman sesawangnya;www.fifa.com hari ini, memaklumkan Malaysia mengumpul 984 mata untuk berada dalam kelompok negara seperti Indonesia (160), Nepal (162), Singapura (165) dan Kemboja (172).

Peningkatan tersebut disebabkan kejayaan skuad Harimau Malaya yang mencatat beberapa kemenangan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan ini.

Kedudukan terbaru itu bagaimanapun tidak mengubah nasib Malaysia yang masih ketinggalan jauh dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Vietnam di kedudukan ke-100, Filipina (114), Thailand (118) dan Myanmar yang berada pada kedudukan ke-139 dunia.

Juara tiga kali Piala Asia, Iran, kekal unggul selaku pasukan terbaik Asia selepas naik satu anak tangga ke tangga ke-29, diikuti Australia (41), Jepun (50) dan Korea Selatan yang berada pada kedudukan ke-53 di kalangan 46 negara Asia yang tersenarai dalam ranking FIFA.

Naib juara Piala Eropah 1980, Belgium mengekalkan kedudukannya sebagai pasukan nombor satu dunia dengan 1,727 mata, manakala juara Piala Dunia 2018, Perancis menduduki tangga kedua selepas ketinggalan satu mata di belakang Belgium.

Juara Piala Dunia lima kali, Brazil pula kekal pada tangga ketiga selepas mengumpul 1,676 mata. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd