• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kuil Ke Parlimen, Kerajaan Negeri Nyata Pendirian

oleh
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentangan kenyataan di Dewan Rakyat mengenai Insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu,membuktikan betapa serius kerajaan menangani isu berkenaan,

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan kerajaan bertindak mengikut undang-undang dan tidak ada sesiapa pun boleh melanggar undang-undang itu untuk kepentingan diri sendiri .

Kenyataan mengenai insiden itu dibawa ke dewan menurut Peraturan Mesyuarat 14 (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga memberikan penerangan, mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden rusuhan tersebut.

Beliau berkata, pasukan tersebut akan menjalankan siasatan manakala ‘Ops Seafield’ itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata pasukan petugas khas itu menggabungkan pehawai dana anggota JSJ Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor termasuk beberapa pejabat polis daerah di bawah kontinjen negeri itu.

Selasa lalu, semua anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan, pembangkang dan bebas telah senada untuk mengemukakan satu usul tergempar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Ariff Md Yusof untuk membincangkan isu itu di Dewan Rakyat.

Namun Mohd Ariff memaklumkan bahawa usul yang dikemukakan oleh penyokong kerajaan dan pembangkang secara berasingan itu ditolak.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata terserah kepada kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih tapak kuil Sri Maha Mariamman jika ia mahu berbuat demikian namun perdana menteri mengingatkan bahawa isu itu masih terikat dengan keputusan mahkamah.

Kerajaan negeri Selangor juga membuat kenyataan dengan memberi jaminan tidak akan memindahkan atau merobohkan kuil berkenaan sehingga penyelesaian menyeluruh dicapai.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri juga bersedia menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu pertikaian mengenai pemindahan kuil itu.

Berikutan insiden rusuhan itu, polis menahan reman 30 lelaki tempatan termasuk tiga pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd., bagi membantu siasatan.

Kejadian rusuhan yang tercetus pada kira-kira jam 2.30 pagi Isnin itu tertumpu di perkarangan kuil tersebut serta kawasan pusat membeli belah One City pada hari berikutnya yang turut menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah.

Anggota berkenaan Mohd Adib Mohd Kassim, 24, yang cedera akibat patah tulang rusuk dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib selain Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tinjauan Bernama di sekitar kuil tersebut hari ini mendapati pihak polis masih lagi mengawal ketat kawasan terbabit dan situasi adalah terkawal. – BERNAMA

Tags: isu kuilParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd