• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Jenama Produk Lingkaran Nyamuk Dari China Diharam

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Jabatan Pertanian telah melarang penjualan produk lingkaran nyamuk berjenama Zenden Micro-Smoke dan Jianbao Mosquito Coil dari China di pasaran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata hal ini kerana produk-produk tersebut didapati tidak berdaftar secara sah dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

Beliau berkata lingkaran nyamuk yang berdaftar di negara ini akan dinilai tahap keberkesanan, kesesuaian serta kesan sampingannya sebelum ia diluluskan untuk tujuan pemasaran.

“Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Bagi pengguna yang memiliki dan menggunakannya boleh didakwa di bawah Seksyen 53A(1)(A) akta yang sama dan jika disabit kesalahan akan dihukum penjara selama setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian buku ringkasan ‘Maklumat Residu Racun Perosak Dalam Tanaman Makanan’ sempena Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di sini, hari ini.

Jamal Harizan berkata sebanyak 3,005 kotak lingkaran nyamuk tidak berdaftar dengan nilai RM5,700 telah dirampas oleh Unit Serbuan dan Penyiasatan, Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian menerusi operasi pada bulan Oktober lepas.

Katanya operasi ini akan diteruskan di seluruh negara terutamanya di kedai-kedai runcit bagi membanteras penggunaan produk beracun tidak berdaftar.

“Kami mendapati premis perniagaan runcit di sekitar negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang banyak menjual produk tersebut,” katanya.

Sementara itu, katanya lebih 30 jenis produk racun makhluk perosak telah dikenal pasti di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan LRMP dan berada di pasaran sepanjang tahun ini menerusi operasi berterusan.

“Justeru, para pengguna perlu mengenal pasti produk-produk racun makhluk perosak di pasaran didaftarkan menerusi kod pendaftaran berlabel LRMP terdahulu sebelum membeli atau menggunakannya menerusi laman web Jabatan Pertanian http://www.doa.gov.my.

“Jika produk-produk tersebut tidak mempunyai label LRMP dan nombor pendaftaran, pengguna perlu melaporkannya kepada Jabatan Pertanian untuk tindakan selanjutnya bagi menjamin keselamatan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: diharamkanubat nyamuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Dong Zong

15/08/2019
0

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong). Pengarah Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd