• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi ‘MyNelayan’ Platform Rujukan Maklumat

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perkenal aplikasi ‘MyNelayan’ bagi memudahkan masyarakat nelayan akses maklumat berkenaan bantuan dan inisiatif kerajaan tanpa perlu berurusan di pejabat.

Ketua Pengarah LKIM, Jamaludin Othman berkata aplikasi itu juga turut menyediakan maklumat rujukan asas nelayan seperti status lesen vesel, subsidi dan produktiviti mereka.

“Jenis bantuan kepada mereka termasuklah subsidi petrol/diesel, elaun sara hidup nelayan, insentif hasil tangkapan ikan, status lesen bot/vesel, kad nelayan dan juga Program Baikpulih Rumah Nelayan.

“Selain memaparkan maklumat-maklumat berikut, aplikasi ini juga bertujuan memantau agar segala bantuan dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersasar,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi itu sempena Ekspo Pertanian Hortikutur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di sini, hari ini.

Aplikasi itu dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Jamaludin berkata semua nelayan yang berdaftar di bawah LKIM boleh mengakses aplikasi itu di mana-mana sahaja menerusi telefon pintar.

“Bagi nelayan yang mempunyai pinjaman di bawah Program Pinjaman Dana Nelayan LKIM, status pembayaran dan baki pinjaman turut dipaparkan.

“Mereka tidak perlu lagi pergi ke kaunter ataupun hadir ke pejabat untuk berurusan dengan LKIM sebaliknya kini dapat mengakses maklumat-maklumat itu ketika di tengah-tengah laut, asalkan ada internet,” katanya

Katanya kira-kira 100,000 nelayan telah berdaftar di bawah LKIM setakat ini.

“Kami mensasarkan pada peringkat permulaan, 10 peratus daripada mereka akan menggunakan aplikasi ini dan tahun depan akan bertambah ramai untuk kemudahan mereka,” katanya.

Pengguna boleh memuat turun Aplikasi MyNelayan LKIM di Apple Store atau Play Store. – BERNAMA

Tags: aplikasiNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd