• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IJN Sediakan Laporan Perubatan Muhammad Adib

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terbabit dalam insiden rusuhan kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

“Kita sedang berkomunikasi dengan IJN. Kes ini berprofil tinggi, ketika ini lebih baik jangan membuat sebarang spekulasi terutama di media sosial. Lebih baik merujuk kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Pasukan perubatan yang ditugaskan untuk merawat mangsa pula mempunyai pengalaman lebih 10 tahun, mereka bekerja keras setiap hari.

“Di samping itu, kita harap rakyat Malaysia mendoakan mangsa cepat sembuh,” katanya pada sidang media selepas menziarahi Muhammad Adib di IJN, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub.

Semalam, NSTP melaporkan dakwaan pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman yang menyatakan Muhammad Adib cedera akibat dilanggar jentera bomba hanya berdasarkan rakaman video yang tersebar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Azmi Osman, berkata sebaliknya lapan anggota yang berada di lokasi menyaksikan sendiri kejadian sebenar yang menyebabkan mangsa parah.

“Anggota bomba yang dibulatkan di dalam gambar berkenaan bukannya Adib, sebaliknya anggota berkenaan adalah Mohd Hazim Mohd Rahimi yang menaiki jentera itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Azhari berkata mangsa dikategorikan sebagai pesakit kritikal namun berada keadaan stabil.

“Keadaan pesakit positif, kita pantau dia dari semasa ke semasa. Kita akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya. – BH ONLINE

Tags: IJNMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd