• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Tampil Nafi Mula Kecoh Di Kuil

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang tukang masak yang dituduh sebagai warga asing yang mencetuskan kebakaran rumah kongsi berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya sebelum ini, tampil membersihkan namanya hari ini.

Sulaiman Abdullah, 32, berkata pada waktu kejadian pada jam 1 tengah hari Isnin lalu, beliau mendapati rumah kongsinya yang dibuat daripada kontena itu telah terbakar ketika tiba untuk mengambil pakaiannya untuk dibasuh.

“Ketika tiba saya dapat melihat dua kontena terbakar dan saya terus masuk ke ke dalam tetapi hanya sempat menyelamatkan beg berisi Al-Quran dan sejadah.

“Ketika keluar dari kontena itu, sekumpulan lelaki mengepung saya dan menuduh saya memulakan kebakaran kerana saya memakai sarung tangan di tangan sebelah kiri sebelum mula memukul saya,” katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di sini.

Katanya beliau kemudiannya diselamatkan pihak polis yang membawanya keluar dari kawasan itu.

Sulaiman yang sudah mula tinggal di rumah kongsinya itu sejak empat bulan lalu bekerja di sebuah restoran di dalam bangunan menara MCT, One City, Subang Jaya.

Beliau yang juga seorang warga negara tempatan berkata tindakannya tampil menjelaskan hal sebenar adalah kerana laporan kejadian itu tular di internet sehingga menimbulkan salah sangka orang-ramai terhadapnya, termasuk daripada kenalan dan saudara-maranya.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan warga negara asing dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi itu.

Sulaiman menjelaskan rumah kongsi itu disediakan majikan bagi pekerja restorannya dan beliau sememangnya memakai sarung tangan ketika memasak.

Beliau turut membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya mengenai kejadian sebenar itu. – BERNAMA

Tags: kekecohantukang masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Palestin kesal kekecohan dicetuskan pelarian di Wisma Transit

Duta Palestin kesal kekecohan dicetuskan pelarian di Wisma Transit

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit...

Kerajaan Serah Pihak Berkuasa Siasat Insiden Kekecohan Di KLIA

Kerajaan Serah Pihak Berkuasa Siasat Insiden Kekecohan Di KLIA

30/06/2023
0

SEPANG: Kementerian Pengangkutan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci berhubung insiden kekecohan di balai ketibaan antarabangsa di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd