• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

oleh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANGKAL… Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan dakwaan anggotanya yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di luar kuil semalam telah dilanggar jentera bomba.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.

Ujarnya, anggota terbabit dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT dan bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, serta antara anggota JBPM yang turut berada di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights itu.

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan kononnya mangsa dilanggar jentera bomba adalah tidak benar sama sekali. Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota lain yang berada di lokasi kejadian.

“Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” kata Mohamad Hamdan dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara hari ini sebagai mengulas penafian pihak Badan Bertindak Selamatkan Kuil tersebut.

Pengerusinya, S. Ramaji berkata beliau mempunyai bukti yang menunjukkan orang ramai ketika itu cuba bantu keluarkan Muhammad Adib, 24, yang tersepit konon dihimpit jentera bomba yang mengundur secara tiba-tiba.

Perkara itu turut disokong Setiausaha Badan Bertindak Selamatkan Kuil, VK Ragu yang dakwa, video tular menerusi media sosial turut menunjukkan ada orang cuba ketuk jentera bomba untuk beritahu mangsa tersepit di belakang.

Dalam pada itu, Mohamad Hamdan memaklumkan bahawa JBPM akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan pihak kuil yang mengatakan konon Muhammad Adib cedera akibat dilanggar jentera bomba sendiri.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau berkata, laporan tersebut perlu dibuat bagi mempertahankan kenyataan JBPM sebelum ini bahawa mangsa memang cedera akibat kesan dipukul teruk oleh sekumpulan perusuh di kuil berkenaan.

“Rakaman video telah membuktikan bagaimana keadaan ketika itu. Jadi tiada apa untuk dijelaskan,” katanya. Tambahnya laporan polis tersebut akan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd