• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Buat Kutipan Derma Palsu Ditahan

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki warga emas yang sedang membuat kutipan derma palsu di sebuah rumah ibadat di Jalan Baru, Perai di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki itu sedang memaksa jawatankuasa di rumah ibadat berkenaan untuk membayar derma pada pukul 5 petang sebelum anggota polis yang sedang melakukan tugas ronda cegah jenayah di kawasan Perai terus ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba lelaki itu masih tidak berganjak dari rumah ibadat berkenaan dan terus memaksa jawatankuasa di situ untuk membayar derma, anggota polis menahan warga emas tersebut sebelum menemui beberapa dokumen, buku dan majalah miliknya.

Difahamkan dia yang berumur 61 tahun itu membuat kutipan derma untuk suara penghuni rumah kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan tiada sebarang kutipan derma untuk perkara itu,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai mengutip derma menggunakan beberapa nama badan beruniform dan pertubuhan untuk kegunaannya sendiri sejak beberapa bulan lepas.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, katanya polis menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 33 tahun dalam serbuan berasingan di Machang Bubok di sini semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal dan pecah rumah sekitar SPT dan Kulim, Kedah.

Beliau berkata bertindak hasil maklumat risikan polis menahan dua lelaki pertama di sebuah rumah di Machang Bubok pada pukul 11.30 pagi sebelum menahan seorang lagi di Kampung Gajah juga di Machang Bubok dua jam kemudian.

“Susulan penahanan mereka polis merampas sebuah motosikal Honda EX5 dan enjin motosikal serta pelbagai komponen kenderaan itu yang dicuri mereka sejak beberapa bulan lepas.Geng itu juga turut terlibat lebih lima kes pecah rumah di SPT,”katanya.

Katanya tiga lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai pelbagai rekod lamapu serta positif dadah itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kutipan dermapalsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd