• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergaduhan Kaum Di Gurun Dan Kuala Ketil Berita Palsu

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis hari ini menafikan berlakunya pergaduhan kaum antara Melayu dengan India di Gurun dekat Kuala Muda dan Kuala Ketil dekat Baling seperti yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar menegaskan tiada sebarang kejadian pergaduhan antara kaum itu dengan keadaan di kedua-dua kawasan berkenaan selamat, aman dan sejahtera.

“Adalah dimaklumkan, penyebaran gambar dan mesej berkenaan wujudkan ketegangan kaum ini adalah tidak benar sama sekali…penyebaran berita palsu ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abd Rahim menasihati orang ramai supaya menghentikan perbuatan menyebarkan berita atau maklumat palsu dalam media sosial kerana ia boleh mencetuskan sentimen perkauman dan menggugat keselamatan serta keamanan negara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu itu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: berita palsupolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd