• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Belanjawan Tambahan Untuk Nelayan – LKIM

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat mempertimbang belanjawan tambahan untuk membolehkan penstrukturan semula bantuan nelayan dibuat bagi menampung keperluan semasa golongan itu.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata ia selaras dengan hala tuju baharu yang ditetapkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub untuk memajukan sektor perikanan sekali gus memberikan impak yang positif kepada nelayan.

“Kita sekarang dalam proses rayuan supaya usaha untuk menstruktur semula elaun, bantuan dan insentif kepada nelayan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup mereka,”​​​​​​ katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kedah di Pelantar Nelayan Seberang Kota dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah LKIM negeri Hamdan Mamat.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan menambah stok bekalan ikan sejuk beku Q-Fish daripada 40 tan metrik kepada 200 tan metrik untuk memastikan bekalan mencukupi dan membendung kenaikan harga ikan pada musim tengkujuh dari bulan ini hingga Februari depan.

Beliau berkata LKIM sedia bekerjasama dengan NEKMAT dalam hal itu memandangkan ikan Q-Fish mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai berpendapatan rendah terutama di kawasan luar bandar. – BERNAMA

Tags: belanjawanNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd