• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Lion Air Didapati Bermasalah Sebelum Terhempas

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Laporan awal siasatan nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pada 29 Oktober lepas yang dikeluarkan hari ini, mengesahkan bahawa pesawat itu telah mengalami masalah teknikal beberapa hari sebelum berlakunya tragedi yang mengorbankan 189 orang itu.

Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) yang bertanggungjawab menyiasat tragedi itu mengesahkan ia termasuk masalah teknikal yang dialami penerbangan dari Bali ke Jakarta iaitu sehari sebelum nahas itu berlaku.

“Berdasarkan data penyelenggaraan pesawat sejak tanggal 26 Oktober, tercatat masalah atau gangguan teknikal yang tercatat di pesawat itu, masalah yang terjadi itu berkaitan dengan masalah indikator kecepatan dan ketinggian pesawat,” kata Ketua Subkomite Investigasi KNKT, Nurcahyo Utomo di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan teknikal mengesahkan pesawat itu selamat untuk berlepas, selepas menghadapi masalah teknikal pada penerbangan dari Bali ke Jakarta itu.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Tanjung Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi pada 29 Okt lepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

“Sehingga penerbitan laporan awal ini, perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemui, usaha mengesan CVR masih diteruskan,” kata Nurcahyo.

Beliau berkata siasatan itu akan melakukan beberapa ujian termasuk ujian pengesan AoA (Angle of Attack) dan latihan simulasi pesawat di simulator kejuruteraan Boeing.

“Siasatan telah menerima data penerbangan QAR (Quick Access recorder) untuk dianalisis. Siasatan juga melibatkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dari Amerika Syarikat,” katanya. – BERNAMA

Tags: pesawat Lion Airterhempas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Tentera Turkiye Terhempas

Pesawat Tentera Turkiye Terhempas

13/11/2025
0

ANKARA - Sebuah pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia tidak sempat menghantar sebarang isyarat kecemasan sebelum kejadian, lapor akhbar...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd