• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICERD: Muhyiddin Dakwa Tidak Perlu Perhimpunan

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tiada keperluan untuk pihak yang berkenaan mengadakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana kerajaan telah mengumumkan untuk tidak meratifikasi konvensyen itu.

“Kerajaan telah memuktamadkan tidak akan meratifikasi ICERD maka semua pihak harus menghormati keputusan itu,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini.

Pada 23 November lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya dilaporkan berkata perhimpunan di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man juga dilaporkan berkata perhimpunan tersebut akan diteruskan walaupun PAS menyambut baik keputusan kerajaan tidak mengiktiraf ICERD.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dilaporkan berkata UMNO akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda “terima kasih” terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata jika perhimpunan yang pada asalnya bertujuan membantah ratifikasi ICERD dan kini sebagai kesyukuran, sewajarnya majlis dibuat di masjid.

“Kalau mahu menzahirkan syukur boleh buat di masjid dengan bacaan doa selamat, negara aman dan tenteram. Itu lebih molek.

“Jadi nasihat saya, tidak perlu mengadakan perhimpunan. (Penganjuran) perhimpunan itu mahal, kena beli baju kemeja dan macam-macam belanja. Jimatkan duit untuk belanja lain,” katanya menambah pihak berkuasa akan meluluskan permohonan permit jika pihak penganjur p

Muhyiddin berkata Kementerian Dalam Negeri akan meluluskan permohonan permit perhimpunan sekiranya pihak penganjur mematuhi peraturan sedia ada. – BERNAMA

Tags: ICERDPerhimpunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd