• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Sunnah Ditembak Mati Di Utara Iran

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Imam berfahaman Sunnah yang selalu mengimamkan solat Jumaat ditembak mati semalam di sebuah kampung di utara Iran, lapor agensi berita IRNA.

Molavi Abdolghafur Jamalzahi ialah imam di masjid Reza Abad, berhampiran Ramiyan yang terletak 120 kilometer ke timur laut Tehran di wilayah Golestan.

Beliau ditembak empat kali dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid.

Reza Abad mempunyai 4,000 penduduk dan sebahagian besar ialah warga asing dan pelarian, menurut IRNA.

Ia berkata, pihak berkuasa masih belum memberikan motif pembunuhan Jamalzahi, tetapi memetik sumber tidak dikenali sebagai berkata ia mungkin ada kaitan dengan ‘permusuhan peribadi dan pergolakan puak’.

Jamalzahi berketurunan Baluchi, kumpulan etnik yang boleh ditemui di tenggara Iran dan barat Pakistan.

Iran mengamalkan fahaman Syiah tetapi Perlembagaan memberi kebebasan kepada 10 peratus penduduk berfahaman Sunnah mengamalkan amalan agama menurut bidang kuasa agama mereka. — AFP/BH ONLINE

Tags: ImamIran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd