• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Akademik Mahu Sekatan Dikenakan Terhadap China

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Negara-negara di dunia mesti menge­nakan sekatan terhadap China berhubung penahanan beramai-ramai etnik minori­ti Islam Uighur di wilayah Xinjiang, kata beratus-ratus cendekiawan kelmarin.

Beijing, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dikecam kumpulan aktivis, ahli akademik dan kerajaan asing kerana melakukan penahanan beramai-ramai dan pengawasan ketat terhadap penduduk Uighur serta etnik lain di Xinjiang.

Pada Ogos lalu, panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia menerima banyak laporan yang boleh dipercayai mengatakan bahawa sejuta atau lebih ramai etnik Uighur dan minoriti lain ditahan di kem-kem rahsia di rantau tersebut.

Dalam satu taklimat akhbar di Washington kelmarin, wakil-wakil daripada sekumpulan 278 cendekiawan merangkumi pelbagai bidang akademik dari berpuluh-puluh buah negara meminta China menamatkan dasar penahanannya.

Mereka juga meminta supaya sekatan dilaksanakan terhadap sebilangan pemimpin kanan China dan syarikat keselamatan yang disabitkan dengan pencabulan tersebut.

“Situasi ini mesti dita­ngani supaya tindakan mana-mana negara menindas populasi sendiri berdasarkan kriteria etnik atau agama tidak menjadi ikutan seterusnya diterima pada masa hadapan,” kata kumpulan itu dalam satu kenya­taan.

Menurut mereka, negara-negara dunia perlu mempercepatkan permohonan suaka daripada etnik minoriti Islam di Xinjiang di samping menerajui gerakan untuk PBB menyiasat sistem penahanan beramai-ramai tersebut dan menutup kem-kem tahanan.

China bagaimanapun menolak kritikan terhadap tindakannya di Xinjiang dan menyatakan bahawa ia melindungi agama dan budaya kaum minoriti, namun kata Beijing, langkah kese­lamatan perlu dilaksanakan bagi membendung penga­ruh kumpulan-kumpulan pe­lampau yang menghasut keganasan di rantau itu. – Reuters/Kosmo Online

Tags: Ahli AkademikChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd