• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Gesa Bertenang, Tidak Cetus Sentimen Negatif

oleh Haris
27/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan sebarang sentimen tidak sihat di kalangan masyarakat awam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa masyarakat memahami isu sebenar dan tidak memainkan sentimen agama dan perkauman.

“PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan memahami isu sebenar di sebalik insiden yang tidak diingini ini, serta tidak mencetuskan sentimen agama dan perkauman yang tidak sihat di kalangan masyarakat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“PAS menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat perlu diutamakan, dan hak beragama perlu dihormati mengikut lunas undang-undang. Pihak pemaju perlu menjaga sensitiviti kaum dan agama.”

Beliau menggesa semua pihak berwajib segera menangani unsur sensitif yang ditimbulkan berhubung insiden melibatkan kuil di Subang Jaya ini.

“Sebarang unsur yang boleh menimbulkan sensitiviti di kalangan rakyat perlu ditangani dengan pantas oleh pihak berwajib, pemimpin masyarakat dan wakil rakyat yang telah dipilih,” katanya lagi.

Abdul Hadi turut melahirkan keyakinan terhadap semua pihak berkuasa menangani isu ini menurut lunas undang-undang dan memulihkan keadaan.

“PAS berkeyakinan bahawa pihak PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan negeri Selangor mampu menangani isu ini dengan baik mengikut lunas undang-undang, demi mengembalikan ketenteraman awam di lokasi terbabit dan juga di seluruh negara amnya.”

Beliau juga mencadangkan agar pihak terlibat mengadakan dialog dan berbincang bagi meredakan keadaan.

“PAS menyarankan agar semua pihak yang terlibat dapat duduk semeja bagi meredakan keadaan dalam tempoh segera.” – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd