• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengerusi PAC Tidak Tahu Laporan Diubah

oleh
27/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini berkata beliau tidak tahu Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah, termasuk menggugurkan nama Jho Low daripada laporan itu.

Beliau berkata laporan yang diserahkan oleh Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepadanya ketika itu, diterima seadanya.

“Kita tidak tahu-menahu benda itu (pindaan) dan apa yang Tan Sri Amrin Buang bawa ke PAC, itulah laporannya. Kita tidak tahu (laporan diubah) dan kita anggap itulah laporannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan bertarikh 24 Nov itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu, yang menyentuh soal kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu daripada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014.

Madinah berkata beliau menyampaikan taklimat pada 23 Nov kepada kabinet mengenai pindaan kepada laporan akhir itu dan menambah jemaah menteri mengarahkannya untuk mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai perkara itu. – BERNAMA

Tags: 1MDBHasan Arifin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd