• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khabib Tak Sabar Lawan Mayweather

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Juara bertahan lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov membayangkan pertarungannya dengan Floyd Mayweather Jr. akan menjadi lebih menarik berbanding ketika lawannya dari Amerika Syarikat itu berdepan Conor McGregor.

“Pertarungan kami akan menjadi dua kali ganda lebih menarik. Dua lawan yang belum ditewaskan, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk ditonton.

“Akan ada yang jatuh atau mengundur,” katanya dalam satu sidang media di Moscow untuk melancarkan autobiografinya.

Petinju dari Russia yang dikenali sebagai ‘Khabib’ itu ‘menyeru’ nama petinju yang belum pernah tewas, Mayweather pada Oktober lalu – sebagai pencabar seterusnya selepas dia menumbangkan McGregor.

Namun, presiden UFC, Dana White berkata, kedua-dua mereka hanya boleh beraksi dalam pertarungan seni tempur campuran, dan bukannya di dalam gelanggang tinju seperti ketika Mayweather menentang McGregor.

Mayweather menewaskan petinju dari Ireland itu dengan knock-out (KO) selepas 10 pusingan pada Ogos 2017.

Khabib pula tidak pernah tewas dalam 27 saingan UFC termasuk ketika menentang McGregor, pada Oktober lalu.

Kedua-dua petinju itu (McGregor dan Khabib) kini sedang menjalani penggantungan atas arahan Suruhanjaya Atlet Nevada (NSAC), kerana berlakunya satu pergaduhan selepas pertarungan UFC 229 di Las Vegas.

NSAC kini mengadakan satu sesi pendengaran disiplin ke atas Khabib dan McGregor pada 10 Disember ini sebelum mereka dibenarkan bertarung semula. – AFP

Tags: Floyd Mayweather JrKhabib Nurmagomedov
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khabib Kembali Bertarung?

23/11/2020
0

LONDON - Dana White mendedahkan dia akan mengadakan pertemuan dengan Khabib Nurmagomedov dalam percubaannya untuk memujuk atlet seni bela diri...

Khabib Dalam Kelompok 10 Terbaik MMA

27/10/2020
0

PARIS - Presiden UFC Dana White memuji Khabib Nurmagomedov antara 'atlet seni bela diri campuran (MMA) hebat sepanjang zaman' selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd