• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Kontrak: Disney, Fox Disaman Genting RM4 Bilion

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) semalam oleh pemilik kasino Genting Malaysia Bhd atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema dengan jenama Fox.

Menurut Genting, ‘penyesalan penjual’ memaksa Fox dengan bantuan Disney melanggar kontrak dimeterai pada 2013 bersama Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen kepada Fox World membina pertambahan kepada kompleks Resort World Genting.

Disney tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dihubung untuk mendapatkan komen.

Jurucakap Twentieth Century Fox Film, Dan Berger yang juga antara defendan enggan memberikan sebarang komen.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles ketika Disney sedang bersiap sedia menyempurnakan pembelian aset Fox bernilai AS$71.3 bilion (RM298 bilion) yang dijangka selesai menjelang suku tahun pertama 2019.

Genting berkata, masalah bermula apabila Fox merancang penangguhan beberapa tahun untuk memaksa kontrak berkenaan menjalani rundingan semula.

Menurut aduan itu, Disney adalah pihak yang membuat keputusan dan mahu menamatkan kontrak terbabit kerana kerjasama dengan syarikat perjudian tidak memenuhi strategi ‘mesra keluarga’ jenama berkenaan.

Genting berkata, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak dan ‘ia konsisten dengan hasrat Disney mahu mematikan perjanjian’ itu demi faedah sendiri.

“FEG tidak berhak untuk menamatkan perjanjian ini dan Fox serta Disney bertanggungjawab atas kerugian berbilion dolar kerana sikap mereka,” kata aduan itu lagi.

Genting sudah membuat pelaburan berjumlah lebih AS$750 juta (RM3.1 bilion) di dalam syarikat Fox World. – Reuters

Tags: genting highlandkes saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd