• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Kerajaan Masa Untuk Lakukan Perubahan – TPM

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Rakyat perlu memberi kerajaan masa dan peluang untuk melakukan perubahan bagi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik dan maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berucap di hadapan komuniti Malaysia di Qatar pada majlis jamuan malam bersama rakyat Malaysia di sini, beliau berkata negara memerlukan perubahan namun perubahan tidak akan datang bergolek.

“Bila kami ambil alih (kerajaan), kami dapati banyak kekurangan dan ini tidak mudah untuk ditangani. Berikan peluang dan masa kepada kami untuk melakukan apa yang kami mahu buat untuk mernjadikan sebuah kerajaan yang lebih baik.

”Kita memerlukan perubahan namun perubahan tidak akan datang bergolek, kita mesti bersama-sama berusaha memastikannya…insya-Allah negara kita ini diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yakin dapat mengatasi segala masalah itu kerana ia hanyalah bersifat sementara.

Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia yang bermasutautin di Qatar dan bekerja dalam pelbagai bidang seperti jurutera, doktor, juruterbang, pensyarah dan peguam.

Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Qatar dan ini merupakan lawatan pertamanya ke negara itu selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd