• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Warga Finland Edar Pen & Risalah Bible Dihantar Pulang

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Empat warga Finland yang ditahan kerana disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan Bible di Langkawi, Selasa lalu, sudah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, mereka yang berusia 27 hingga 60 tahun itu dihantar pulang oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam, selepas keputusan mengenainya dikeluarkan oleh pihak pendakwaan.

Katanya, keempat-empat warga Finland itu ditahan pada 20 Nov lalu selepas disyaki mengedarkan pen dan risalah terbabit di kawasan Pantai Chenang, Pasar Basah Klebang dan pasar malam di Ulu Melaka.

“Polis sebelum ini menahan mereka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan sebelum menyiapkan kertas pendakwaan, namun pihak pendakwaan membuat keputusan menghantar mereka pulang ke negara asal mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Usahawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur di sini, hari ini.

Seramai 40 orang peserta terdiri daripada usahawan kecil hadir pada program tersebut bagi meneroka pelbagai peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Pada 20 Nov lepas, polis menahan empat warga Finland itu, dua daripadanya wanita, di sebuah bilik hotel di Langkawi kira-kira 5 petang dan merampas 47 batang pen dan 336 naskah buku kecil yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang dipetik dari Bible yang dipercayai cuba diedarkan kepada orang ramai.

Tangkapan dibuat susulan tiga laporan polis yang diterima daripada orang ramai berhubung kegiatan suspek yang telah berada di pulau peranginan itu sejak 18 November. – BERNAMA

Tags: bibleedar risalah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Nafi Tahan Pasangan Edar Risalah Agama Kristian

31/07/2019
0

SHAH ALAM - Polis menafikan telah menahan pasangan suami isteri yang disyaki mengedar risalah berkaitan ajaran agama Kristian di Klinik...

4 Warga Finland Edar Pen, Risalah Bible Di Langkawi

21/11/2018
0

LANGKAWI - Polis menahan empat warga Finland di sebuah hotel di sini semalam untuk siasatan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd