• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Jun Keputusan Saman Anwar Terhadap Menteri Luar

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 5 Jun bagi keputusannya berhubung saman malu RM100 juta dikemukakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu selepas Anwar memberi keterangan pada pendengaran saman itu.

Anwar dipanggil semula ke mahkamah hari ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anifah untuk meminda kenyataan pembelaannya.

Dalam kenyataan pembelaan yang dipinda, Anifah berkata beliau telah didatangi bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Bhd Datuk Ishak Ismail pada satu masa sebelum 16 Sept, 2008, ketika beliau berada bersama beberapa orang Anggota Parlimen (MP) lain di Cigar Lounge Kuala Lumpur Hilton.

Anifah berkata Ishak membuat tawaran RM100 juta untuk beliau dan beberapa MP Barisan Nasional (BN) lain dari Sabah yang rapat dengan beliau untuk melompat dari gabungan BN menyertai gabungan Pakatan Rakyat.

Anwar memberitahu mahkamah beliau tidak pernah menyuruh Ishak menjadi agennya untuk menemui Anifah supaya menteri itu melompat ke pihak pembangkang.

Anwar juga berkata hubungan terakhirnya dengan Ishak ialah pada 2004 bila Ishak melawatnya di Munich.

“Saya tidak lagi rapat dengannya sejak 1998 dan hanya sekali, pada 2004, beliau muncul di Munich dan kami berbual ringkas ketika itu,” kata beliau semasa disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah.

Muhammad Shafee: “Anda kenal siapa Ishak Ismail?”

Anwar: “Saya kenal beliau sejak awal 80an. Beliau dari Pulau Pinang seperti anda; bila saya jadi menteri, beliau menemui saya seperti anda lakukan. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanAnwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd