• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran Nilai Jualan Industri Kraf, RM500 Juta Tahun Ini

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi yakin industri kraf mampu mencapai sasaran nilai jualan sebanyak RM500 juta menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini nilai keseluruhan jualan industri kraf Malaysia ialah sebanyak RM421.7 juta.

“Sasaran itu termasuk melalui nilai jualan di Festival Kraf Borneo 2018 yang turut menyasarkan sebanyak RM800,000,” katanya ketika berucap merasmikan festival itu di Lintasan Deasoka, di sini hari ini.

Festival yang berlangsung sejak 23 Nov lepas hingga 3 Dis depan disertai 110 komuniti kraf dari Sabah dan Sarawak mengetengahkan konsep ‘The Living Treasures of Borneo’.

Mohamaddin berkata secara keseluruhan pencapaian jualan kedua-dua negeri berjumlah RM65 juta amat membanggakan dan menyumbang sebanyak 15.42 peratus kepada keseluruhan nilai jualan industri kraf.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini, Sabah mempunyai 2,085 usahawan kraf daripada bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf dengan pencapaian nilai jualan sebanyak RM40.3 juta.

Bagi Sarawak, 915 usahawan kraf didaftarkan dengan pencapaian nilai jualan sebanyak RM24.7 juta, katanya. –BERNAMA

Tags: Industri Krafsasaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Malaysia Capai Sasaran 6 Emas Di Sukan Komanwel

Malaysia Capai Sasaran 6 Emas Di Sukan Komanwel

06/08/2022
0

BIRMINGHAM: Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd