• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Balak Bercerun Punca Bomba Lambat Sampai

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANGOR – Keadaan jalan menuju ke Rumah Uging Anak Ugian di Nanga Melayung, Merurun, Julau menyebabkan pihak Bomba dan Penyelamat Bintangor lambat tiba untuk memadamkan kebakaran di rumah panjang itu semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, selain terletak kira-kira 77 kilometer dari balai tersebut, untuk tiba ke rumah tersebut pihaknya terpaksa melalui jalan balak yang mempunyai kecerunan di antara 10-15 peratus di sesetengah tempat.

“Jentera bomba tidak dapat masuk ke simpang Jalan Merurun kerana jalan balak yang mempunyai kecerunan 10-15 peratus. Peralatan operasi seperti pam dan kelengkapan hos terpaksa dipindahkan ke kenderaan pacuan empat roda untuk meneruskan perjalanan ke lokasi kebakaran.

“Apabila tiba dilokasi kebakaran, kesemua 15 pintu rumah panjang yang dibina dengan binaan konkrit dan kayu telah musnah dan ranap sama sekali. Pihak bomba hanya membuat ‘overhaul’ dan tiada operasi pemadaman dilakukan kerana tinggal sisa bara api,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nicholas berkata pihaknya telah mengerahkan 11 anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda digerakan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 5.05 petang.

Selain itu katanya, sumber air terbuka dari Sungai Merurun terletak pada jarak kira-kira 152 meter dari lokasi rumah panjang tersebut yang terletak di atas bukit.

Nicholas berkata, dalam kejadian itu, lima penduduk termasuk seorang warga emas wanita berusia sekitar 80-an mengalami melecur pada tangan dan belakang badan semasa keluar menyelamatkan diri dari rumah panjang itu.

“Empat lagi mangsa yang turut cedera ialah sepasang suami isteri berusia 41 tahun dan 49 tahun, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun.​​​​​​​

“Kesemua penduduk yang ada ketika itu sebenarnya sudah keluar menyelamatkan diri namun kelima-lima mangsa yang cedera masuk semula ke rumah panjang mereka untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting”, katanya.

Nicholas berkata, ​​​​​​​kebakaran yang disyaki berpunca daripada litar pintas itu mengakibatkan kesemua 89 penghuni rumah panjang tersebut hilang tempat tinggal. – BERNAMA

Tags: BombaJalan Balak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd