• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Proses Dadah Diserbu, 4 Polis Antara 9 Yang Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH – Empat anggota polis antara sembilan yang ditahan susulan pembongkaran sebuah makmal dadah terbesar di Selangor, Rabu lepas.

Makmal yang terletak di kawasan perindustrian di Semenyih itu dipercayai menghasilkan 70 kilogram syabu sehari untuk kegunaan 142,000 penagih yang bernilai RM3.55 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata berdasarkan risikan, pihaknya telah menyerbu premis berkenaan pada 5 pagi, Rabu lepas dan kesemua yang ditahan berusia antara 27 dan 51 tahun.

Dalam serbuan tersebut, polis telah menahan dua lelaki dan kemudian menahan tiga lagi lelaki di kawasan tempat letak kereta di ibu negara pada hari yang sama.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan empat anggota polis pada Jumaat dan Sabtu lepas bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, kita masih mengenal pasti penglibatan anggota terbabit sama ada terlibat secara langsung atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di makmal tersebut di sini, hari ini.

Mazlan berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas pelbagai mesin digunakan untuk memproses dadah serta menyita tiga kenderaan dan wang tunai berjumlah RM105,500.

“Selain itu, turut dirampas cecair dipercayai minyak syabu yang belum diproses seberat 174 kg. Jika minyak itu diproses ia boleh menghasilkan syabu seberat 70 kg,” katanya.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kesemua mereka ditahan reman tujuh hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, katanya. – BERNAMA

Tags: makmal dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd