• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ancaman Terhadap Islam Masih Wujud Dalam Negara”

oleh Haris
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERHIMPUNAN menentang hasrat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen ICERD yang dirancang diadakan pada 8 Disember ini akan diteruskan kerana ancaman terhadap Islam masih wujud di dalam negara malah dalam kerajaan.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata demikian dalam kongres pertubuhan-pertubuhan menolak ICERD yang diadakan di PWTC hari ini.

Aminuddin turut berkata perhimpunan 8 Disember ini juga akan menjadi satu pertemuan yang mencetus penyatuan orang Melayu.

“Saya nak beritahu ICERD ini merupakan pencetus dan penyatuan orang Melayu,” katanya dilapor akhbar Sinar Harian.

Perhimpunan yang dirancang pada 8 Disember ini diputuskan untuk terus diadakan oleh penganjurnya, Ummah untuk terus menyatakan sikap terhadap agenda menentang Islam.

Pihak PH sejak sebelum perhimpunan memainkan sentimen ketakutan dengan mengaitkan perhimpunan yang turut disertai parti Melayu UMNO dan PAS.

Mereka turut mendesak perhimpunan dibatalkan kerana kerajaan telah membuat kenyataan menolak ICERD, melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Aminuddin berkata pihak yang mahu melemahkan Islam dan Melayu “berkeliaran” dalam kerajaan, dan bermuka-muka dalam menyatakan penolakan terhadap ICERD.

“Sebab itu saya kata kepada mereka kita akan teruskan kongres dan himpunan kita pada 8 Disember ini, kerana kita tahu musuh yang nak jatuhkan agama Islam dan orang  Melayu berkeliaran dalam kerajaan dan institusi kerajaan kita tahu rancangan mereka, di depan kata tak mahu ratifikasi tetapi di belakang mereka ‘selinap’ satu persatu dasar yang memberikan keutamaan Melayu dan bumiputera mereka cuba hakis satu persatu.”

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah berkata di luar negara yang Malaysia bercadang meratifikasi ICERD tetapi di Malaysia berkata konvensyen ini mustahil diratifikasi. – Mynewshub.tv

Tags: Aminuddin YahayaICERDUmmah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd