• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Permudah Cara Urusan Francais Di Indonesia

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan bertindak sebagai pemudah cara kepada syarikat-syarikat francais Malaysia yang berminat menerokai pasaran Indonesia.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kekangan dan halangan tertentu berkaitan urusan pentadbiran dan birokrasi misalnya, boleh ditangani menerusi hubungan baik kedua-dua negara.

“Memang terdapat kekangan dan halangan yang berkaitan pentadbiran misalnya, namun isu-isu itu ada jalan keluarnya, (halangan dan kekangan) itu tertakluk kepada perjanjian perdagangan, unsur kawalan yang mengambil kira kepentingan setempat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu mengadakan dialog bersama syarikat-syarikat francais Malaysia dan Indonesia yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Datuk Radzali Hassan dan Ketua Asosiasi Franchise Indonesia (AFI) Drs Anang Sukandar.

Antara perkara-perkara berbangkit berkaitan syarikat Malaysia yang mahu menerokai pasaran Indonesia adalah berkaitan pensijilan halal, birokrasi kemasukan produk-produk tertentu, pendaftaran perniagaan dan sebagainya.

“Menerusi dialog itu, kementerian akan terus memberi dukungan kepada usaha memajukan industri francais, sektor francais di Malaysia menyumbang sebanyak RM28 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar, dan kami akan terus memainkan peranan proaktif bagi menarik syarikat-syarikat francais dari luar,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 877 syarikat francais termasuk 570 syarikat francais tempatan membuka lebih 4,300 outlet atau rangkaian perniagaan mereka di Malaysia.

“Sebanyak 65 syarikat francais Malaysia pula membuka rangkaian francais mereka di 66 negara luar. Di Indonesia, sebanyak 30 syarikat francais Malaysia membuka rangkaian perniagaan mereka di Indonesia melibatkan 688 outlet,” katanya.

Beliau berkata syarikat-syarikat francais Malaysia perlu melihat Indonesia sebagai pasaran berdaya maju berikutan negara itu mempunyai kapasiti penduduk seramai 262 juta orang.

Terdahulu, beliau merasmikan Pavillion Malaysia bersempena pameran Info Franchise and Business Concept (IFBC Expo 2018), yang turut disertai 12 syarikat francais Malaysia, antaranya The Manhattan Fish Market, Cheeseu Bistro Sdn Bhd dan Marrybrown Sdn Bhd. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd