• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Menumbok

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga sekeluarga ditemukan rentung selepas rumah jenis tidak kekal didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Junkon, Menumbok, dekat Kuala Penyu, awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata mangsa yang rentung ialah Yamal Suhud, 80, isterinya Saadah Mumin, 70, serta anak lelaki mereka Ismail Yamal, 45.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 pagi itu, pasukan bomba menjumpai dua mangsa di bahagian depan pintu utama dan seorang lagi ditemukan di dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 43 kilometer sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.20 pagi.

“Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman dan seterusnya memeriksa kawasan kebakaran bagi memastikan tiada keberbahayaan lain,” menurut pusat gerakan operasi itu.

Pasukan bomba menemukan mayat pertama pada 2.24 pagi disusuli penemuan mayat kedua pada 2.34 pagi dan mayat terakhir pada 4.30 pagi.

Operasi tamat pada 6.13 pagi. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd