• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Panggil Penganjur Himpunan PTPTN

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil penganjur Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan di ibu pejabat PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng di sini, hari ini untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata tindakan itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Tiada notis diberikan kepada polis. Kita akan ambil tindakan mengikut APA 2012,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada media, hari ini.

Terdahulu, lebih 100 mahasiswa berarak sejauh kira-kira tiga kilometer (km) dari pekarangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek ke ibu pejabat terbabit.

Himpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, antara lain bagi menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas individu bergaji RM4,000 ke atas.

Beberapa peserta terbabit dilihat membawa beberapa sepanduk ‘Mahasiswa Ditekan’ dan ‘Kami Ditipu’ sambil melaungkan ‘Tuntut Janji PTPTN’.

Pada 17 November lalu, PTPTN dilaporkan mengakui tidak mampu menangguhkan pembayaran balik pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, berkata cadangan penangguhan pembayaran semula itu bakal memberi kesan buruk kepada institusi berkenaan bagi jangka masa panjang. – BH ONLINE

Tags: polisPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd