• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Kenal Pasti Mangsa Nahas Lion Air Selesai

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia semalam menamatkan usaha mengenal pasti mangsa nahas pesawat Lion Air menerusi cebisan mayat yang ditemui manakala laporan awal berhubung punca kemalangan itu dijangka diketahui minggu depan.

Jet Boeing 737 Max yang merupakan antara pesawat komersial terbaru dan paling canggih di dunia itu terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu selepas berlepas dari Jakarta menuju ke bandar Pangkal Pinang dengan mengorbankan kesemua 189 penumpang dan kru penerbangan.

Sejak itu, pasukan penyiasat telah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada cebisan mayat mangsa yang ditemui.

Ketua pusat perubatan polis nasional, Arthur Tampi berkata, setakat semalam, identiti seramai 125 mangsa telah dikenal pasti menerusi ujian DNA pada cebisan tubuh manusia yang dikumpulkan di dalam 200 beg mayat.

“Kami mengenal pasti identiti 89 lelaki dan 36 wanita termasuk dua warga asing masing-masing dari Itali dan India yang merupakan juruterbang pesawat dan pembantunya, kata Tampi kepada pemberita di Jakarta.

Proses pengecaman ditamatkan kerana semua cebisan mayat yang ditemui telah diuji, tambahnya.

Sementara itu, pengurusan syarikat penerbangan tambang murah Lion Air berkata, pihaknya membayar pampasan melebihi AS$100,000 (RM419,630) kepada setiap waris mangsa.

Perakam data penerbangan JT610 itu telah dijumpai, namun pasukan penyelam masih mencari rakaman suara kokpit.

Laporan awal rasmi mengenai punca nahas itu pula akan diumumkan oleh pihak berkuasa Indonesia selewat-lewatnya Rabu depan. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Lion AirMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd