• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Langgar Lari Taman Equine: Penganggur Didakwa Bunuh

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan, Ahad lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita.

Wilsonresa Dudom, 22, yang merupakan seorang penganggur hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh pada prosiding hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian pekerja restoran, Wong Sow Lin, 57, di hadapan sebuah restoran di Jalan Equine 9B, Seri Kembangan, dekat sini, pada 8.20 malam, 18 Nov lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Jan depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Perbadanan logistik makanan nasional Indonesia itu membandingkan kekuatan simpanan berasnya dengan stok penimbal Malaysia yang direkodkan sekitar 200,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd