• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KITAR3cycle Mampu Wujud Prihatin Alam

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Program KITAR3cycle, yang memberi mata ganjaran kepada penduduk yang membuang secara teratur barangan yang boleh dikitar semula, mampu mewujudkan komuniti yang prihatin terhadap alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata melalui program ini, penduduk yang berdaftar dengan sistem KITAR3cycle akan dapat mengumpul mata ganjaran bagi setiap barang yang dikitar semula dengan menampal kod bar yang disediakan oleh pihak syarikat iCycle, di atas beg plastik barang kitar semula dan meletakkannya di dalam sangkar kitar semula yang disediakan oleh SWM Environment.

“Kita sediakan satu tempat pembuangan sampah yang mana tempat membuang sampah itu kita benarkan pengasingan sampah dan juga pada masa yang sama setiap sampah dibuang itu, kita akan letakkan kod bar pada plastik sampah tersebut.

“Dengan adanya kod bar itu membolehkan setiap orang awam mendapat mata yang boleh dikumpulkan untuk menebus hadiah yang disediakan oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung memberi semangat kepada orang awam untuk meningkatkan budaya kitar semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula peringkat negeri dan Majlis Pelancaran Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemaskini di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Othman.

Sementara itu, Al’Ashari berkata pemberian mata ganjaran kepada 35 jenis barangan kitar semula antaranya seperti tin aluminium, plastik dan kertas dapat menggalakkan penglibatan masyarakat untuk membudayakan amalan kitar semula dan menguruskan sisa yang dijana dengan baik serta berhemah.

Beliau berkata antara taman perumahan yang terlibat bagi fasa permulaan program ini ialah Taman Bukit Chedang Fasa 1, Taman Arowana Indah, Seremban 2, Taman Sri Pulai Fasa 1, Seremban, Taman Impiana Residence, Nilai dan Park Residence, Bandar Springhill, Port Dickson.

“SWM Environment akan menimbang dan melakukan kutipan sisa kitar semula di sangkar kitar semula KITAR3cycle sebagai tujuan perekodan dan sisa yang telah dikutip akan dihantar ke pusat rawatan sisa kitar semula bagi tujuan pengasingan mikro.

“Jalinan kerjasama yang dilaksanakan antara pihak SWM Environment, iCYCLE dan penduduk taman perumahan yang terlibat diharapkan dapat mengurangkan janaan sisa kitar semula ke tapak pelupusan sampah serta memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah tapak pelupusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: alam sekitarKitar Semula
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasatan Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu Bermula

19/01/2021
0

MANJUNG - Kerja penilaian dan siasatan mula dijalankan terhadap kemusnahan alam sekitar di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari di...

Kalau Cintakan Alam, Usah Mandi Lebih 3 Minit

19/10/2019
0

SHAH ALAM - Sekiranya anda mencintai dan ingin memelihara alam sekitar, janganlah mandi melebihi tiga minit.  Pakar gaya hidup lestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd