• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis MIC: BN Hanya Beri Cadangan – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penubuhkan Sekretariat Khas Barisan Nasional (BN) bagi membantu MIC menyelesaikan isu parti itu merupakan cadangan dan terpulang kepada MIC untuk terima atau tidak, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata tidak timbul isu bahawa BN mahu mengambil alih MIC kerana BN tidak berminat untuk mencampuri urusan parti itu.

“Kita hanya cadangkan, terserah kepada mereka…kerana kita hanya nak menyelesaikan masalah dan bukan nak campur tangan masalah MIC.

“Kami tidak berminat langsung untuk mengambil alih urusan MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Premis kepada Pengusaha Hotel Bajet, di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata sekiranya MIC tidak mahu menerima cadangan BN berhubung penubuhan sekretariat berkenaan, maka mereka perlu akur dengan keputusan yang diputuskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya sebagai setiausaha BN hanya nak tengok semua parti komponen ikut undang-undang yang ditetapkan, kita nak semua akur dengan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan cadangan BN menubuhkan sekretariat bagi membantu menyelesaikan kemelut dalam parti itu.

Mesyuarat peringkat tinggi BN semalam mencadangkan penubuhan sebuah sekretariat khas bagi membantu MIC membuat pembersihan semua cawangan, bahagian serta menjalankan proses pemilihan semula parti mengikut perlembagaan MIC.

Tengku Adnan berkata sekretariat itu dicadang ditubuhkan secepat mungkin dan dipengerusikan Setiausaha Kerja BN Datuk Abu Khamis serta dianggotai parti komponen BN yang tidak berkaitan dengan kaum India seperti MCA dan Gerakan. – BERNAMA

Tags: BNMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd