• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesak Di Cameron Highlands, Cadang 2 Projek Pelebaran

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan dua kertas cadangan pelebaran jalan raya kepada Kementerian Kerja Raya untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang teruk berlaku di Cameron Highlands khususnya pada hari cuti.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kertas cadangan pertama melibatkan kerja menaik taraf jalan kembar dua lorong kepada jalan kembar tiga lorong di Seksyen 66.9 hingga 68.5, laluan Persekutuan FT059, Tapah-Cameron Highlands.

“Cadangan projek ini melibatkan pelebaran jalan di lokasi Kea Farm, iaitu dari arah Hotel Copthorne dan S’Çorner menuju Kea Farm.

“Ia telah pun dikemukakan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia pada Julai lalu sebagai tujuan untuk diangkat ke peringkat pengurusan nilai serta dipertimbangkan untuk kelulusan sebagai projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hingga RMK12,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 bagi menjawab soalan daripada Ching Yoke Kong (DAP-Tanah Rata) yang bertanyakan tentang langkah jangka masa pendek dan panjang yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

Wan Rosdy berkata langkah projek kedua pula melibatkan kerja menaik taraf jalan simpang-simpang yang terdapat di laluan Persekutuan FT059, kawasan Tanah Rata melalui langkah seperti cadangan menutup simpang yang kurang pengguna serta membina laluan baharu untuk akses pengguna ke simpang lain yang sedia ada.

Kertas cadangan itu, katanya telahpun dkemukakan kepada Ibu Pejabat JKR pada awal Oktober lepas untuk pertimbangan kelulusan sebagai projek baharu di bawah RMK11 hingga RMK12.

Beliau berkata sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan peranginan itu terutama pada waktu puncak, Polis Diraja Malaysia turut memainkan peranan untuk mengawal lalu lintas.

“Semua pegawai dan anggota dari semua cawangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands membantu tugas melancarkan lalu lintas. Penguatkuasaan dilakukan secara penguatkuasaan penuh dan toleransi sifar bagi kesalahan meletak kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan dan kesalahan halangan lalu lintas.

“Dalam masa yang sama Rela, penguat kuasa Majlis Daerah Cameron Highlands dan Jabatan Pengangkutan Jalan turut membantu PDRM dalam penugasan dan penguatkuasaan undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd