• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastinya Bukan Bakat Program Realiti – Joe

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain gitar utama Prime Domestic, Joe tidak berhasrat mengambil penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti sebagai pengganti bekas vokalis kumpulan itu, Aweera.

Belajar daripada pengalaman lalu, Joe atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir, 49, berkata keputusan itu dibuat kerana mereka sukar memahami pergerakan sebagai artis berkumpulan.

“Saya tidak berniat memperkecilkan keupayaan mereka, namun penyanyi yang lahir daripada program realiti lambat berkembang.

“Saya tidak anggap pemilihan Aweera dulu sebagai kesilapan kerana dia juga mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma, kali ini saya mencari penyanyi yang faham fungsi sebagai artis berkumpulan,” katanya.

Ditemui pada sidang media showcase solonya, The Best Of Joe Exclusive Show, di sini, bekas anggota kumpulan Wings itu berkata, dia masih belum menemui calon pengganti bersesuaian sejak Aweera meninggalkan Prime Domestic, Ogos lalu.

Joe berkata, dia mencari penyanyi yang berdisiplin, mempunyai daya ketahanan dan tidak mudah panik untuk meneruskan perjuangan bersama Prime Domestic.

Dia juga memaklumkan, Prime Domestic yang turut dibarisi Ainol dan Rozaimi tidak berhasrat merakamkan semula lagu yang pernah diterbitkan ketika bersama Aweera sekiranya menemui vokalis baharu.

“Kami sebaliknya, akan tampil dengan karya baharu. Saya akur, mungkin ramai yang akan mentertawakan kami kerana masalah yang timbul, tetapi saya tidak ambil peduli.

“Saya pernah menempuh dugaan yang lebih hebat, jadi saya tiada masalah jika ada orang yang akan bersorak. Saya tidak perlu ambil tahu perkara itu,” katanya.

Selain Aweera, kumpulan yang popular dengan single, Sedingin Pluto itu turut kehilangan pemain gitar, Hillary Ang dan Fauzi (bass) yang meninggalkan kumpulan itu.

Menyentuh persembahan showcase The Best of Joe Exclusive Showcase yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail pada 9 Disember ini, Joe berkata, dia akan menampilkan

bekas vokalis kumpulan Electric 5, Zul sebagai penyanyi.

“Saya perlukan penyanyi berpengalaman dan tahu bagaimana pergerakan sesebuah kumpulan ketika di pentas.

Kriteria itu ada pada Zul.

“Seandainya nanti diserap masuk menyertai Prime Domestic, saya tidak akan menghalangnya untuk terus beraksi solo di kelab.

“Pengalaman itu penting untuk membantu dia mempertingkatkan lagi mutu vokal,” katanya. – BH ONLINE

Tags: joepenyanyi rock
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persembahan Solo Joe Di Hard Rock Cafe

30/11/2018
0

JOE berjanji akan mempersembahkan lagu-lagu permintaan yang disuarakan oleh peminatnya terutama di Facebook pada persembahan di Hard Rock Cafe nanti....

Flop Poppy Bersatu Semula

30/08/2018
0

SIAPA tidak kenal dengan kumpulan Flop Poppy yang menyerlah menerusi lagu Cinta, Aku & Kamu, Masih dan Rest of My...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd