• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Cadang Garis Panduan Papan Tanda Jalan

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mengeluarkan garis panduan papan tanda jalan yang baharu di peringkat Persekutuan dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia.

​​​​​​​Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini polisi dan penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan hanya membabitkan papan iklan.

“Di peringkat Persekutuan memang tiada ketetapan itu, jadi apabila timbul isu ini (di Selangor) Insya-Allah kementerian akan lihat (review) semula dan keluarkan garis ketetapan yang lebih tegas,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.​​​​​​​

Pada Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda yang menggunakan hanya Bahasa Malaysia.

Sementara itu, Zuraida berkata 70 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Kampung Baru seluruh negara akan dilantik berkuat kuasa 1 Jan depan.

Beliau berkata Bahagian Kampung Baru yang sebelum ini di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri kini telah dipindahkan ke kementerian beliau bermula 13 September lepas.

“Untuk itu kami kaji semula pelantikan-pelantikan politik dan harus digantikan dengan pengambilan baharu yang akan dimulakan 1 Jan ini,” katanya.​​​​​​​

Zuraida berkata antara kriteria yang ditetapkan kementerian itu dalam pelantikan PKP ialah mewajibkan sebanyak 30 peratus terdiri daripada wanita, tempoh lantikan selama dua tahun, boleh berbahasa Melayu dan umur tidak lebih 60 tahun.

“Mereka ini akan menyelia mengikut zon-zon di seluruh negara dan memastikan pembudayaan masyarakat seperti menjaga kebersihan persekitaran, keselamatan dan peka dengan polisi-polisi kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: garis panduanpapan tanda jalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

‘Kill Switch’ Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

‘Kill Switch’ Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

22/11/2023
0

KUALA LUMPUR: 'Kill Switch' terpakai untuk konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd