• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Antara 6 Diberkas Bersabit Dadah

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sepasang suami isteri dan dua remaja lelaki antara enam orang positif dadah diberkas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah 21/2018 di kawasan Arau, malam tadi.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata seorang lelaki 32 tahun dan isterinya 25 tahun ditahan ketika menghisap dadah di rumah mereka di Kampung Permatang Keriang, Arau kira-kira pukul 11 malam. Ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

Katanya lelaki tersebut yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dibebaskan dari Pusat Pemulihan Dadah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jun lepas.

“Isteri lelaki itu mengambil dadah dipercayai akibat dipengaruhi suami,” kata Azizah dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Azizah dua remaja lelaki masing-masing berumur 18 dan 19 tahun ditahan di kawasan Padang Siding manakala dua lagi lelaki berumur 40-an ditahan di Kampung Rambai, Arau.

Tiga daripada mereka direman selama empat hari di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Dadah (APD) 1983 manakala tiga lagi dibebaskan dengan jaminan pegawai di bawah Seksyen 3(1) APD 1983, tambah beliau. – BERNAMA

Tags: dadahSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd