• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Moorthy Diberi 7 Hari Mohon Maaf

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atau satu perhimpunan akan diadakan di Putrajaya.

Pengasas Skuad Badar yang mewakili gabungan berkenaan, Azhar Mohamad, berkata pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Wathya Moorthy untuk berbuat demikian.

“Kita minta Wathya Moorthy menarik balik pembohongan, penipuan yang dilakukannya dengan menuduh rakyat Malaysia berlaku zalim kepada orang India dengan cara merobohkan kuil.

“Ini satu pembohongan. Tarik balik…kalau dia tidak mahu, kami akan gerakkan NGO seluruh Malaysia berhimpun di Putrajaya untuk gesa dia tarik balik dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Kami beri seminggu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

NGO lain yang turut hadir adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kedah, Pertubuhan Si’rah Malaysia dan Persatuan Putra Melayu Kedah.

Azhar berkata, kenyataan Wathya Moorthy jelas satu pembohongan di mana rakyat negara ini hidup aman damai, walaupun berbeza bangsa dan agama.

“Kita tidak menzalimi mana-mana kaum, sebaliknya berlaku adil kepada semua. Kita tidak meruntuhkan mana-mana kuil seperti yang didakwa.

“Dia sudah membusukkan nama Malaysia di luar negara,” katanya.

Pada sidang media yang sama, gabungan NGO ini turut membantah cadangan ratifikasi Konvokesyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kami tidak mahu ICERD dimeterai. Banyak kemudaratan dan kepincangan sekiranya ia ditandatangani.

“Kami tidak mahu langsung ICERD, kami minta ia dihilangkan terus. Hentikan dan jangan cakap langsung mengenai ICERD kerana ia berlakunya perhimpunan di seluruh negara,” katanya. – BH Online 

Tags: mohon maafwaytha moorthy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Muhammad Zawawi Mohon Maaf, Akui Terkhilaf Kisah Sahabat Nabi

Nik Muhammad Zawawi Mohon Maaf, Akui Terkhilaf Kisah Sahabat Nabi

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pas Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh membuat permohonan maaf berikutan kontroversi ucapan...

Penternakan Babi: Pemuda Pas Desak Kerajaan Madani Mohon Maaf

Penternakan Babi: Pemuda Pas Desak Kerajaan Madani Mohon Maaf

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mendesak Kerajaan Madani membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan rakyat negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd