• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad ‘Harimau Malaysia’ Atau ‘Harimau Malaya’?

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat berkaitan kerajaan, Prasarana hari ini menggelar skuad bola sepak negara sebagai ‘Harimau Malaysia’.

Ia sekali gus mengundang tanda tanya sama ada gelaran untuk pasukan bola sepak tanah air iaitu ‘Harimau Malaya’ kembali diganti kepada ‘Harimau Malaysia’.

Penggunaan gelaran ‘Harimau Malaysia’ bagi menggantikan gelaran ‘Harimau Malaya’ menimbulkan polemik besar dalam kalangan peminat sukan tempatan beberapa tahun lalu.

Isu itu namun reda apabila Tunku Mahkota Johor yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan skuad bola sepak Malaysia kembali digelar sebagai ‘Harimau Malaya’ awal tahun lalu.

Prasarana menggunakan gelaran ‘Harimau Malaysia’ dalam kenyataan medianya mengenai perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sempena aksi Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asia (AFF) pada Sabtu ini.

Berikut kenyataan media Prasarana seperti yang disebarkan kepada pihak media pagi ini:

*SIARAN MEDIA*
*Untuk Siaran Segera *

PERKHIDMATAN LRT STESEN BUKIT JALIL DILANJUTKAN SABTU INI

KUALA LUMPUR, 22 November – Bersempena perlawanan penting Malaysia menentang Myanmar dalam Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asia (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling dilanjutkan dengan Stesen Bukit Jalil dibuka sehingga 1 pagi.

Para peminat bola sepak khususnya para penyokong pasukan Harimau Malaysia digalakkan menggunakan perkhidmatan tren Rapid KL, yang turut meliputi perkhidmatan LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang.

“Atas permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rapid KL akan melanjutkan perkhidmatan LRT dan MRT dengan Stesen Bukit Jalil dibuka pada hari Sabtu ini sehingga pukul 1 pagi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada para peminat bola sepak yang bercadang untuk menyaksikan perlawanan AFF Piala Suzuki antara Malaysia dan Myanmar.

“Stesen-stesen lain ditutup seperti biasa; tetapi para penumpang boleh keluar daripada stesen-stesen berkenaan. Para penumpang boleh bertukar laluan di stesen-stesen integrasi sama ada di Stesen Maluri atau Stesen Plaza Rakyat/Merdeka untuk menggunakan perkhidmatan MRT; atau di Masjid Jamek untuk ke Laluan Kelana Jaya.

“Para penumpang juga boleh bertukar ke Laluan Kelana Jaya atau MRT di stesen integrasi Pasar Seni,” Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Kini menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A dengan enam mata, Malaysia akan layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki AFF dengan mengalahkan Myanmar, yang kini mendahului kumpulan berkenaan dengan mengumpulkan tujuh mata. Tempat kedua diduduki oleh Vietnam, yang turut mempunyai 7 mata dan bakal bertemu dengan Cambodia pada hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti hebahan di Facebook Rapid KL atau layari laman web www.myrapid.com.my

Tags: Harimau MalayaPrasarana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd